MEE RACUN 3G
MEE RACUN 3G
Mee racun merupakan satu jenis makanan berasaskan mee yang sangat popular di Daerah Batu Pahat . Jangan risau kerana tiada sedikit racun pun diletakkan di dalam makanan ini. Cuma, setelah anda merasanya, ia pasti meracuni jiwa anda untuk menikmatinya berulang kali. Pasti tuan kedai ada asbab kedai itu dinamakan Mee Racun 3G.
Restoran ini pernah menjadi pilihan sarapan TV3 ,Jalan –jalan cari makan dan pernah memasuki siaran TV beberapa kali.
MENU RESTORAN
Menu paling istimewa di kedai ini adalah mee racun “gear box”. Rasanya sukar untuk ditafsir kerana tidak seperti mee kari mahupun mee hailam dan mee lain. Rasanya sangat istimewa.Terdapat juga mee racun biasa.
Mee Racun Gear Box |
Kepada mereka yang datang ke negeri johor singgah lah sebentar di batu pahat untuk merasai keunikan mee racun yang anda tidak akan dapat di mana mana negeri. Cubalah rasa pasti ia akan meracuni jiwa anda untuk datang ke sini lagi.
NAMA RESTORAN : Kedai Mee Racun 3G
LOKASI : No 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat (waze)
WAKTU BEROPERASI : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am
Comments
Post a Comment