KK40 HARI

 KARI KAMBING 40 HARI (KK40)

Kari Kambing 40 Hari sangat terkenal di negeri Johor. Ia terletak di Air Hitam ,Yong Peng Johor. Restoran ini khabarnya dimiliki oleh seorang chef yang pernah bekerja di sebuah hotel 5 bintang. Restoran  ini dibuka sejak 2006 dan sehingga kini ia masih berkembang. Menurut tuan kedai nama 40 hari ialah bersempena nombor yang diminati dan perkara yang berlaku dalam Islam seperti kisah kisah Nabi.



Kawasan penyediaan makanan 

 


Restoran ini bersebelahan dengan jalan raya


 

 MENU RESTORAN 

Restoran ini mempunyai beberapa pilihan makanan di sini. Sememangnya Restoran Kari Kambing 40 Hari menekankan kepada menu utama mereka. Restoran ini menyediakan Nasi Arab bersama kari kambing atau ayam dan kari ayam berserta roti canai. Selain itu , ada juga hidangan mee rebus yang sangat sedap sekali.Tetapi, pelanggan yang datang ke sini pastinya akan memilih Nasi Arab bersama-sama kari kambing mereka.Rasa kari kambing itu sendiri sangat unik dan tidak boleh dapat dimana mana .




Nasi Arab bersama ayam
 



Mee Rebus 

 


Nasi Arab bersama kambing

Di sini anda boleh pilih sama ada makan seperti biasa di dalam pinggan atau makan di dalam dulang jika anda datang beramai-ramai. Set dulang adalah untuk 4 orang. Anda akan mendapat Nasi Arab, Kari Kambing atau Ayam, dan 5 gelas air.

Harga bagi set pinggan ialah RM13 sepinggan. Sekiranya anda tidak mahu makan di sini, anda boleh pesan makanan untuk dibawa pulang atau ‘tapau’.Harga bagi satu dulang nasi ialah RM48 sahaja.

Kebiasaannya pelanggan yang datang ke restoran ini dari seluruh negeri malah ada juga dari Singapura yang sanggup datang hanya untuk merasai keenakan makanan ini. Ada juga sekumpulan penunggang motor besar yang datang dari negeri lain semata mata untuk merasai makanan di sini.

Tambahan pula, waktu ia dibuka hanyalah dari pukul 7:30 pagi sehingga 3.30 petang setiap hari.

Jika anda datang ke Johor ,restoran inilah yang wajib anda kunjungi. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kualiti makanan di sini jadi marilah datang kesini dan rasai sendiri keenakan makanan ini. 😍

 

NAMA KEDAI : Kari Kambing 40 hari

WAKTU OPERASI : Isnin – Ahad  7:30 a.m – 3:30 p.m

LOKASI: Air Hitam- 86100 Yong Peng Johor, Jln Besar, 83700 Yong Peng, Johor


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LEEZO CONTAINER

MEE RACUN 3G