Posts

Tentang Aida

Image
Assalamualaikum semua.Sihat ke tu?.Nama diberi Aida.Blog ni Aida ceritakan tentang makanan yang viral di Batu Pahat hehe.Aida akan tunjukkan kedai yang Aida pergi..Jom kita tengok 😍 Jangan lupa buka lagu dekat PAUSE HERE ok!

Sedikit tentang BP

Batu Pahat dikatakan sebagai syurga makanan bagi negeri yang pernah menjadi pengeluar terbesar gambir dan lada hitam pada suatu masa dahulu, negeri Johor Darul Ta’zim. Dari sup yang beraneka rasa hinggalah mee racun, sungguh banyak sekali lokasi santapan menyelerakan untuk dicuba di sini. Jom bersama Aida untuk terokai makanan menarik di Batu Pahat ini !

KK40 HARI

Image
  KARI KAMBING 40 HARI (KK40) Kari Kambing 40 Hari sangat terkenal di negeri Johor. Ia terletak di Air Hitam ,Yong Peng Johor. Restoran ini khabarnya dimiliki oleh seorang chef yang pernah bekerja di sebuah hotel 5 bintang. Restoran    ini dibuka sejak 2006 dan sehingga kini ia masih berkembang. Menurut tuan kedai nama 40 hari ialah bersempena nombor yang diminati dan perkara yang berlaku dalam Islam seperti kisah kisah Nabi. Kawasan penyediaan makanan    Restoran ini bersebelahan dengan jalan raya     MENU RESTORAN  Restoran ini mempunyai beberapa pilihan makanan di sini. Sememangnya Restoran Kari Kambing 40 Hari menekankan kepada menu utama mereka. Restoran ini menyediakan Nasi Arab bersama kari kambing atau ayam dan kari ayam berserta roti canai. Selain itu , ada juga hidangan mee rebus yang sangat sedap sekali.Tetapi, pelanggan yang datang ke sini pastinya akan memilih Nasi Arab bersama-sama kari kambing mereka.Rasa kari kambing itu sendiri sa...

LEEZO CONTAINER

Image
  LEEZO CONTAINER Bermula pada tahun 2015.Restoran pertama dibuka di Batu Pahat,Johor.Khabarnya restoran ini telah membuka 9 buah cawangan di Malaysia. Leezo container telah melebarkan sayapnya di Melaka dan Negeri Sembilan. Konsep yang mereka gunakan untuk outlet ini adalah lot kedai biasa dan konsep kontena. Tujuan restoran ini adalah untuk menyajikan pelbagai hidangan yang dapat memenuhi selera semua orang. Hidangan disini berbeza dari makanan Barat dan Itali, burger dan masakan Malaysia. Keistimewaannya ialah 95% makanan dan minuman mereka adalah HOMEMADE RECIPE. MENU RESTORAN  Leezo Container merupakan sebuah kedai makan hipster dan sangat popular di Parit Raja.Selain daripada menawarkan makanan western ,Leezo container juga menyediakan makanan tempatan seperti nasi goreng paprika,tomyam dan lain-lain.  Leezo Lamb Grill  Leezo cheese burger  Antara menu di Leezo Container  Para pengunjung wajib merasai kelainan burger homemade di lezzo.Bun burger sanga...

MEE RACUN 3G

Image
MEE RACUN 3G Mee racun merupakan satu jenis makanan berasaskan mee yang sangat popular di Daerah B atu Pahat . Jangan risau kerana tiada sedikit racun pun diletakkan di dalam makanan ini. Cuma, setelah anda merasanya, ia pasti meracuni jiwa anda untuk menikmatinya berulang kali. Pasti tuan kedai ada asbab kedai itu dinamakan Mee Racun 3G. Kedai Mee Racun 3G Di Batu Pahat terdapat 3 lokasi yang menyediakan mee racun popular iaitu di Medan Selera Jalan Sultanah ,Taman Seri Jaya dan di Jalan Timah Sari . Salah satu kedai yang berada di jalan Timah Sari ialah Mee Racun 3G yang berdekatan dengan bangunan Tabung Haji . Keadaan dalam kedai  Lokasi kedai ini sangat strategik kerana berhadapan dengan jalan besar dan hanya menggunakan pagar besi sebagai dinding kedai.Pungunjung tidak sukar untuk mencari kedai tersebut malah tempat letak kereta juga mudah untuk didapati kerana kawasan depan kedai banyak lot tempat letak kereta.Kawasan dalam kedai agak sempit dan memuatkan beberapa meja sahaja...

youtube

Image
Di sini Aida sertakan link youtube Aida kalau nak tengok video Aida makan hehe enjoy!